Tempat yang sangat nyaman dan mendamaikan. Buka pintu belakang terus nampak sungai dan bot nelayan yang lalu lalang. Keadaan bilik luas dan sesuai untuk yang berkeluarga dengan 1 katil queen dan 3 katil single. Bilik air pun ada 2 cuma 1 tu hanya sinki yang boleh guna. Harap pihak resort dapat baiki untuk lebih keselesaan kepada penginap yang datang ramai. Keseluruhannya sangat berpuas hati dan akan datang lagi lain kali semasa ada pasar terapung.
自動翻訳